BENGKEL PENULISAN BLOG

Makmal Komputer, SK Kuala Tahan, 13 Julai 2010.

Pada hari ini Unit Pentadbiran telah berjaya mengadakan bengkel penulisan blog bagi semua guru di sekolah ini. Kehadiran hampir semua guru, sangat menggembirakan Guru Besar, Cikgu Zainol bin Shahbudin. Pada awal bengkel, satu taklimat ringkas disampaikan oleh GPK Pentadbiran, Cikgu Mohd Najmudeen bin Mustapha. Beliau menyatakan betapa bengkel ini penting agar semua guru dapat mengenalpasti perkara yang ingin disampaikan di dalam blog mereka.

Pihak PSS sendiri juga telah terlibat secara tidak langsung sebagai salah seorang peserta dan pembantu rakan-rakan yang lain. Pada bengkel tersebut Cikgu Kamaruddin Abu Bakar selalu fasilatator bengkel telah berkongsi teknik-teknik yang terbaik untuk penulisan bengkel yang menarik.

Diharapkan bengkel ini dapat memudahkan lagi kerja-kerja pembinaan blog mereka serta mengemaskini data yang berkaitan.

Bengkel yang bermula pada jam 3 petang itu berakhir tepat pada jam 5 petang.

Bagi pihak PSS, diucapkan selamat berblog kepada semua guru-guru dan seterusnya dapat menyampaikan maklumat yang berguna kepada semua.
0 Responses

    GURU BESAR

    GURU BESAR
    Encik Zainol Bin Shahbudin

    GPK Pentadbiran

    GPK Pentadbiran
    Encik Mohd Nadjmudeen Bin Mustapha

    GPK Hal-Ehwal Murid

    GPK Hal-Ehwal Murid
    Encik Adzahar bin Mokhtar

    GPK Ko-Kurikulum

    GPK Ko-Kurikulum
    Ustaz Zakaria Bin Omar

    GURU Penyelaras PSS

    GURU Penyelaras PSS
    Pn. Dyg Saftuyah Bt Awg.Hidup

    Labels