BENGKEL PENULISAN BLOG

Makmal Komputer, SK Kuala Tahan, 13 Julai 2010.

Pada hari ini Unit Pentadbiran telah berjaya mengadakan bengkel penulisan blog bagi semua guru di sekolah ini. Kehadiran hampir semua guru, sangat menggembirakan Guru Besar, Cikgu Zainol bin Shahbudin. Pada awal bengkel, satu taklimat ringkas disampaikan oleh GPK Pentadbiran, Cikgu Mohd Najmudeen bin Mustapha. Beliau menyatakan betapa bengkel ini penting agar semua guru dapat mengenalpasti perkara yang ingin disampaikan di dalam blog mereka.

Pihak PSS sendiri juga telah terlibat secara tidak langsung sebagai salah seorang peserta dan pembantu rakan-rakan yang lain. Pada bengkel tersebut Cikgu Kamaruddin Abu Bakar selalu fasilatator bengkel telah berkongsi teknik-teknik yang terbaik untuk penulisan bengkel yang menarik.

Diharapkan bengkel ini dapat memudahkan lagi kerja-kerja pembinaan blog mereka serta mengemaskini data yang berkaitan.

Bengkel yang bermula pada jam 3 petang itu berakhir tepat pada jam 5 petang.

Bagi pihak PSS, diucapkan selamat berblog kepada semua guru-guru dan seterusnya dapat menyampaikan maklumat yang berguna kepada semua.

SK KUALA TAHAN - SEJARAH RINGKAS

Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan terletak 80 km dari bandar Jerantut.SK Kuala Tahan merupakansekolah kategori luar bandar.SK Kuala Tahan terletak di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut.SK kuala Tahan boleh dihubungi dengan bandar terhampir melalui jalan darat yang bermula dari Simpang Felda Padang piol dan jalan air melalui jeti Kuala Tembeling.


SK Kuala Tahan terletak di Mukim Tembeling Tengah. Kedudukannya berhampiran dengan Sungai Tembeling. SK Kuala Tahan juga berhadapan dengan kawasan perlancongan
yang terkenal iaitu Lebih daripada 50 % penjaga kepada pelajar SK Kuala Tahan terlibat dalam sektor perlancongan.Sektor perlancongan merupakan nadi kepada ekonomi
Kuala Tahan. Terdapat banyak hotel dan chalet dibina untuk memenuhi permintaan sektor pelancong Kuala Tahan merupakan tempat persinggahan pelawat dari serata dunia yang ingin menikmati keindahan di mana terletak sebuah sekolah yang dinamakan
Sekolah Kebangsaan Kuala tahan.

Sekolah ini dibuka pada 9 februari 1960 dengan sebuah bangunan yang mempunyai 2 buah bilik darjah.Permulaannya dibuka, sekolah ini hanya mempunyai seramai 30 orang murid sahaja. Pada 29 Oktober 1969, Menteri Pelajaran pada ketika itu, Encik Khair Johari telah merasmikan pembukaan sekolah ini.Kini sekolah ini mempunyai dua buah blok bangunan baru setinggi 3 tingkat setiap satunya. Di mana bangunan ini telahdibekalkan pelbagai kemudahan asas terkini serta ruang pembelajaran yang lebih selesa dan terkini yang sama dengan sekolah-sekolah di bandar.

    GURU BESAR

    GURU BESAR
    Encik Zainol Bin Shahbudin

    GPK Pentadbiran

    GPK Pentadbiran
    Encik Mohd Nadjmudeen Bin Mustapha

    GPK Hal-Ehwal Murid

    GPK Hal-Ehwal Murid
    Encik Adzahar bin Mokhtar

    GPK Ko-Kurikulum

    GPK Ko-Kurikulum
    Ustaz Zakaria Bin Omar

    GURU Penyelaras PSS

    GURU Penyelaras PSS
    Pn. Dyg Saftuyah Bt Awg.Hidup

    Labels